Program Bina Insan Guru, BIG, merupakan satu program wajib yang perlu dilalui
oleh para pelatih di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ia bertujuan
melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika, dan
akhlak keguruan di samping meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu
dari segala sudut; fizikal, emosi, rohani dan sosial.
REFLEKSI
KENDIRI
Puji-pujian dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan pada Allah, yang
telah mencurah rahmat dan nikmat. Jutaan terima kasih saya tujukan buat ibu
bapa, para pensyarah, jurulatih dan rakan-rakan yang tidak putus-putus
berkongsi ilmu dan idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Kem BIG berlangsung dengan baik. Banyak kenangan baru yang kami galas pulang. Bermula dari aktiviti-aktiviti lasak di darat, di air, hinggalah aktiviti ringan seperti LDK, memasak, berbincang dan bergotong-royong, setiap incinya tersimpan pengalaman dan pengajaran.Berikut adalah nilai-nilai yang kami perolehi sepanjang program BIG ini:
Semasa
menjalani aktiviti Bina Insan Guru (BIG) di Taman Pertanian Sekayu, saya telah
mendapat pelbagai pengalaman baru dan berharga yang tidak mungkin saya akan
peroleh. Apabila saya dan rakan-rakan tiba ke lokasi tapak perkhemahan, kami
terus dibahagi kepada enam kumpulan yang terdiri dari pelbagai kelas. Saya
telah terpilih untuk menyertai kumpulan 1. Kumpulan ini terdiri dari 3 pelajar
kelas saya dan selebihnya ialah pelajar kelas tahfiz lain. Pada mulanya saya
dan rakan-rakan sekelas berasa sedikit segan kerana tidak biasa dengan ahli
kumpulan dari kelas lain. Namun, begitu perasaan itu hanya seketika kerana
mereka amat peramah dan kami dapat bekerjasama dengan amat baik sekali.
Saya ingin mulakan dengan kekuatan kumpulan
ini, kumpulan satu pada pendapat saya mempunyai kekuatan yang amat kuat dari
segi kerjasama dan komitmen dari setiap ahli kumpulan. Bukti pertama yang dapat
saya lihat ialah semasa setiap kumpulan diminta untuk membuat lagu kumpulan
masing-masing, kami dapat menyiapkannya dalam masa yang pantas dan hasilnya
amat baik. Ini kerana terdapat ahli kumpulan saya yang mahir dan mempunyai
kepakaran dalam mengarang lagu.
Selain itu, ahli kumpulan yang lain juga
memainkan peranan dalam menyumbang idea dari segi moto kumpulan dan lirik lagu.
Semangat kerjasama dan suasana yang sentiasa ceria dalam kumpulan pada pendapat
saya menjadi kunci kepada kekuatan kumpulan saya. Semasa melakukan aktiviti
jungle tracking, semangat berpasukan dalam kumpulan saya terbukti apabila kami
dapat menyelesaikan aktiviti dengan pantas walaupun keadaan hutan pada waktu
itu licin dan basah akibat hujan yang melanda pada malam sebelumnya. Menurut
jurulatih BIG, kumpulan kami antara kumpulan yang pertengahan pantas dalam menghabiskan aktiviti ini
berbanding dengan kumpulan lain.
Sign up here with your email

ConversionConversion EmoticonEmoticon