Setiap satu perkara itu mesti ada
kekuatan dan kelemahannya. Kumpulan saya juga tidak dapat lari beberapa aspek
kelemahan. Antara perkara yang agak lemah yang dapat saya lihat ialah kami agak
tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya ialah dalam memilih
nama kumpulan kami, kami telah sepakat untuk memilih nama Gingseng sebagai nama
kumpulan kami. Ia merupakan nama bagi sejenis tumbuhan. Tujuan kami sebulat
suara untuk memilih nama ini kerana inging menunjukkan bahawa kumpulan kami
gagah perkasa. Namun nama ini telah mendapat kritikan yang agak tajam dari para
jurulatih dan pensyarah mungkin kerana ia kedengaran kurang sesuai.
Di
samping itu, semasa aktiviti jungle tracking, kami langsung tidak mempraktikkan
jenis-jenis ikatan yang telah diajar oleh Encik Abdul Ronif sebelum itu. Ikatan
yang diajar tersebut bertujuan untuk memudahkan perjalanan kembara kami. Namun,
mungkin kerana jalan yang dilalui nampak kurang mencabar, kami telah meredahnya
tanpa menggunakan apa yang telah diajar. Kami hampir mendapat balasannya
apabila salah seorang ahli kumpulan kami tergelincir dan hampir terjatuh namun
mujur terdapat ahli pantas bertindak balas dengan menangkap tangannya sebelum
apa-apa kejadian yang tidak dingini terjadi. Terdapat beberapa penambahbaikan
yang boleh dibuat berdasarkan pengalaman saya semasa menjalani BIG terutamanya
semasa berada kumpulan 1.
Pertama ialah sentiasa berfikir secara
mendalam sebelum mengambil dan membuat sebarang keputusan. Contohnya ialah
semasa ingin memilih nama kumpulan. Kami harus mengambil kira sensitiviti orang
lain terutamanya jurulatih dan pensyarah. Seterusnya ialah mengambil ilmu yang
diajar dan praktikkannya kerana sudah pasti ia akan ada faedahnya. Contoh yang
paling jelas saya dan ahli kumpulan perlu cuba untuk mempraktikkan apa yang
telah diajar mengenai teknik ikatan tali. Memang ia nampak seperti remeh namun
ia boleh pengalaman yang ada semasa menggunakannya boleh digunakan pada masa
hadapan. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang saya perolehi semasa berada
dalam kumpulan ini. Saya bersyukur mendapat ahli kumpulan seperti mereka kerana
saya dapat berkenalan dengan pelajar dari kelas lain dan bekerjasama dengan
mereka.
Sign up here with your email

ConversionConversion EmoticonEmoticon